fbpx

ULTRASOUND 3D4D & SURGERY

Lot 2989, Jln Sultan Mohamad, K.T

Ultrasound Scan 3D 4D

Scan 3D 4D adalah teknik imbasan ultrabunyi yang juga sama seperti Scan 2D yang selalu digunakan. Kaedah ini adalah selamat seperti imbasan biasa kerana hanya menggunakan gelombang bunyi berfrekuensi tinggi.

Ultrasound Scan Pertama Buat Bayi Anda

Mendengar degup jantung anak buat kali pertama adalah saat paling mengembirakan bagi setiap kaum wanita, pastinya kaum wanita bersetuju dengan fakta ini.

Ultrabunyi adalah ujian diagnostik yang tidak menyakitkan yang hanya bergantung kepada gelombang bunyi ketika proses ini dilakukan.

Ujian Imbasan Ultrabunyi boleh dilakukan pada bila-bila masa setelah anda disahkan hamil. Ujian Ultrabunyi ini sekurang-kurangnya perlu dilakukan sekali sepanjang proses mengandung.

Ultrasound pertama biasanya akan dilakukan diantara 18 hingga 20 minggu tetapi anda boleh melakukan ultrasound pertama sebelum 12 minggu untuk membuat pengesahan/jangkaan tarikh bakal anda bersalin.

Tujuan Ultrasound Scan Dilakukan

Tujuan utama Imbasan Ultrasound dilakukan adalah untuk melakukan pemantauan kepada bayi dan diagnosis keadaan semasa.

Ada juga sesetengah daripada kita membuat imbasan ultrabunyi ini untuk melihat jantina anak namun itu bukanlah tujuan utama tetapi pemantauan keadaan bayi dalam kandungan adalah lebih mustahak.

Imbasan Pada Usia 5-10 Minggu

Membuat pengesahan usia janin setelah ujian air kencing yang dibuat menunjukan anda sedang hamil. Selain itu, imbasan yang dilakukan untuk mengenalpasti punca kesakitan dibahagian pelvik dan membuat pemantauan jika terjadinya kandungan di luar rahim.

Kantung kehamilan biasanya dapat dilihat pada usia kandungan 4 1/2 minggu dan pada usia 7 minggu denyutan jantung janin sudah mula kelihatan apabila dibuat imbasan.

Imbasan Pada Usia 11-13 Minggu

Pada usia kandungan ketika ini adalah waktu yang sesuai untuk dilakukan imbasan tengkuk (Imbasan Nuchal Translucency, NT)

Imbasan Nuchal Translucency ialah ujian saringan untuk menilai kemungkinan bayi anda mengalami masalah syndrome down atau tidak.

Melalui imbasan ultrabunyi, ia tidak memberikan jawapan yang tepat untuk mengesahkan bayi anda mengalami Sindrom Down tetapi mampu untuk menunjukan tanda awal sebelum ujian pengesahan selanjutnya dilakukan seperti melakukan ujian diagnosis CVS (Pensampelan vilus korionik).

Imbasan Pada Usia  18-24 Minggu

Pada usia ini, imbasan dilakukan untuk melihat perkembangan organ bayi dalam kandungan. Imbasan meliputi kepala, otak, muka, tulang belakang, jantung, dada, abdomen, buah pinggang, tangan dan kaki.

Pada usia kandungan ketika ini juga mampu untuk mengesan masalah spina bifida, bibir sumbing dan jantung berlubang jika ada.

Imbasan Terperinci telah boleh dilakukan pada usia kandungan ketika ini. Imbasan Terperinci dilakukan untuk:

  • Melihat Anggota Badan Janin Secara Lebih Terperinci
  • Melihat Struktur dan Keabnormalan Pada Janin
  • Mengenalpasti Kedudukan Uri

Imbasan Pada Usia 30-40 Minggu

Pada peringkat ini ujian imbasan dilakukan bagi meneliti kedudukan bayi, placenta, menilai pertumbuhan bayi, isipadu air ketuban dan sebagainya.
Waktu terbaik ujian adalah pada minggu 30 – 32 kerana kebanyakkan masalah perkembangan bayi berlaku semasa trimster ke 3.Waallahualam….

Perbezaan Scan 2D 3D dan 4D

Secara umumnya tujuan untuk melakukan imbasan Ultrabunyi semuanya adalah sama:

  • (Growth) 4-40 minggu: Untuk melakukan pemantau perkembangan bayi – saiz bayi, plasenta, air ketuban, dan kedudukan.
  • (Full Detail Scan) 20-24 minggu: Untuk memantau kecacatan pada bayi – kaki, tangan, tulang, organ dalaman, otak, muka, jantina, tulang belakang, dan jantung.
  • (Partial Detail Scan) 24-30 minggu: Pemantau pada bayi – tulang, tulang belakang, organ dan muka. Pada usia kandungan ketika ini, bayi telahpun membesar dan kedaan telah padat.

Ultrasound Scan 2D

Scan 2D adalah imbasan yang pada kebiasaan dilakukan dalam bentuk hitam dan putih. Gambar imbasan yang dihasilkan adalah dalam bentuk 2 dimensi. Secara umumnya masih banyak klinik/hospital menggunakan teknologi 2D.

Ultrasound Scan 3D

Ultrasound scan 3d 4d

Scan 3D adalah imbasan dalam bentuk 3 dimensi. Namun, imej yang dihasilkan adalah dalam bentuk pegun.

Ultasound Scan 4D

Ultrasound scan 3d 4d
Foto: www.mothernurtureultrasound.com

Scan 4D adalah hasil imbasan 3 dimensi yang bergerak. Pastinya anda akan teruja dapat melihat bayi anda bergerak untuk pertama kalinya. Pastinya Scan 4D lebih menarik dengan imej berwarna dan bergerak berbanding imej pegun hitam dan putih.

Berapakah Usia Kandungan Sesuai Untuk Dilakukan Ultrasound Scan 3D 4D?

Usia kandungan paling sesuai untuk dilakukan Scan 3D 4D adalah pada usia 24-30 minggu. Pada usia kandungan ketika ini adalah paling sesuai untuk dilakukan imbasan ultrabunyi 3D 4D untuk melihat secara jelas wajah bayi dalam kandungan.

Walau bagaimanapun, untuk melakukan imbasan ultrabunyi 3D 4D pada kandungan usia melebihi 30 minggu tetap boleh dilakukan untuk melakukan pemantauan keadaan sesama bayi dengan lebih jelas.

Pakej Harga Scan 3D 4D Klinik Ar Rijal

Pakej 1 – Basic Scan 2D

  • 1 Keping Gambar Bayi (Hitam dan Putih)
  • Perundingan (Consultation)
  • Harga – RM 70

Pakej 2 – Detail Scan 3D 4D

  • 1 Keping Gambar Bayi (Berwarna)
  • 1 Keping CD (Video pergerakan bayi)
  • Perundingan (Consultation)
  • Harga – RM120

Tempahan Untuk Scan 3D 4D

Untuk melakukan Scan 3D 4D – anda perlu terlebih dahulu tentukan temujanji anda bersama kami. Sila hubungi mana-mana saluran yang kami sediakan dibawah:

Facebook: Facebook Messenger

Hubungi/Call: 09-622 2006

Klinik Ar-Rijal,Kuala Terengganu.

Lain-lain Perkhidmatan KLINIK AR-RIJAL

Tags: , , , , ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *