ULTRASOUND 3D4D & SURGERY

Lot 2989, Jln Sultan Mohamad, K.T

Perkhidmatan Suntikan Vaksin Tifoid (Typhoid) Untuk Pengendali Makanan di Kuala Terengganu

Kami ingin mengumumkan bahawa Klinik Ar-Rijal menyediakan perkhidmatan suntikan vaksin Typhoid untuk Pengendali Makanan.

Anda boleh dapati terus di Klinik Ar-Rijal Gong Kapas Kuala Terengganu.

Penerangan Ringkas – Tujuan suntikan vaksin Tifoid/Typhoid ini adalah untuk mengelakkan penyebaran bakteria yang dikenali sebagai Salmonella Enterica atau secara lebih khusus Salmonella Typhii.

Penyebaran bakteria ini boleh menyebabkan Demam Kepialu atau Demam Tifoid.

Penyakit ini boleh didapati seluruh dunia dan penyebaran utama bakteria ini adalah menerusi makanan dan minuman yang tercemar dengan najis.

Individu yang terkena jangkitan boleh menyebabkan anggota badan dan organ dalaman terjejas malah mampu untuk meragut nyawa.

Suntikan Kepada Pengendali Makanan

Semua pengendali/penjual makanan adalah wajib untuk mendapatkan suntikan vaksin ini seperti mana yang telah termaktub dalam AKTA MAKANAN 1983 dan AKTA KAWALAN PENYAKIT 1988.

AKTA MAKANAN 1983
Pemeriksaan perubatan dan keadaan kesihatan pengendali makanan

31. (1) Semua pengendali makanan hendaklah diperiksa dari segi kesihatan dan diberi vaksin oleh pengamal perubatan berdaftar.
(2) Mana-mana pengendali makanan yang menghidap, atau merupakan pembawa penyakit bawaan makanan atau yang disyaki menghidap, atau merupakan pembawa penyakit bawaan makanan hendaklah—
(a) tidak dibenarkan untuk memasuki premis makanan atau mengendalikan makanan;
(b) melaporkan dengan segera kepada pihak pengurusan premis makanan berkenaan dengan keadaan kesihatannya; dan
(c) digantung daripada bekerja di premis makanan sehingga dia disahkan sembuh daripada penyakit dan sihat dari segi perubatan untuk bekerja oleh pengamal perubatan berdaftar sebelum dia dibenarkan untuk memasuki premis makanan itu atau mengendalikan makanan.

(3) Mana-mana pengendali makanan yang tidak mematuhi subperaturan (1) atau (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun.

Prosedur Ringkas Proses Vaksinisasi:

  1. Vaksin disuntik pada bahagian lengan atau peha
  2. Vaksin boleh disuntuk kepada individu yang berusia 2 tahun ke atas
  3. Imunisasi diberikan setiap 3 tahun bagi pengendali makanan.

Hubungi Klinik Ar Rijal di talian 09-622 2006 atau tuan/puan boleh terus walk in ke kaunter klinik untuk sebarang pertanyaan.

Tags: , , ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *