fbpx

ULTRASOUND 3D4D & SURGERY

Lot 2989, Jln Sultan Mohamad, K.T

Berkhatan Menggunakan Smart Klamp

Klinik Ar-Rijal Gong Kapas Kuala Terengganu menawarkan perkhidmatan untuk berkhatan/bersunat untuk kanak-kanak lelaki menggunakan teknik terbaru iaitu SMART KLAMP.

Berkhatan menggunakan teknik Smart Klamp adalah satu inovasi baru dalam dunia perubatan dalam usaha untuk mempermudahkan proses berkhatan yang biasanya diamalkan oleh umat islam, Orthodox Kristian dan Yahudi.

Diperkenalkan sekitar 2001, kini teknologi ini semakin diguna dan diterima pakai di Malaysia.

Dengan itu, Klinik Ar-Rijal turut menawarkan perkhidmatan ini kerana terdapat banyak kelebihan berkhatan atau bersunat dengan menggunakan teknik Smart Klamp ini.

Konversional Smart Klamp
·         Jahit ·         Kapit tanpa jahitan
·         20-30 minit ·         10-15 minit
·         Lebih Pendarahan ·         Kurang Pendarahan
·         Sukar Untuk Mandi – Tidak Boleh Terkena Air ·         Boleh Mandi (Terlindung Terkena Air)
·         Wajib Berpantang ·         Wajib Berpantang

Pada kebiasaannya, pesakit yang berkhatan menggunakan teknik Smart Klamp ini mampu untuk memakai seluar seperti biasa kerana luka berkhatan terselindung dengan Smart Klamp.

Untuk proses membuka Smart Klamp, pesakit Ar-Rijal digalakkan untuk membuka di Klinik kami untuk mengawasan dan pemeriksaan selepas proses berkhatan.

Sekiranya tuan/puan ingin membuat tempahan awal, bolehlah terus menghubungi klinik Ar Rijal di talian 09-622 2006 atau tuan/puan boleh terus walk in ke kaunter klinik untuk sebarang pertanyaan.

Tags: , , ,

4 thoughts on “Berkhatan Menggunakan Smart Klamp

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *