fbpx

ULTRASOUND 3D4D & SURGERY

Lot 2989, Jln Sultan Mohamad, K.T

Penggunaan Kanta Lekap Yang Betul

Penggunaan Kanta Lekap | Kanta lekap atau lebih dikenali dengan nama contact lens merupakan alat untuk membetulkan rabun sama seperti cermin mata.

Perbezaannya adalah ia lebih kecil dan dipakai terus ke atas anak mata (kornea).

Pada masa kini, lebih ramai yang memilih untuk memakai kanta lekap berbanding cermin mata diatas beberapa faktor antaranya dapat melakukan aktiviti yang lasak dimana tidak perlu risau jika cermin mata jatuh atau patah.

Ini kerana harga cermin mata agak mahal berbanding kanta lekap.

Walaupun begitu, kanta lekap mempunyai tempoh pemakaian tertentu dimana tidak boleh dipakai jika sudah melepasi tempoh yang dinyatakan.

Justeru itu, terdapat beberapa infeksi atau jangkitan pada mata jika pakai melebihi tempoh tersebut.

Tetapi bukan itu sahaja puncanya, terdapat beberapa faktor lain yang boleh mengakibatkan infeksi pada mata antaranya ialah cara penjagaan kanta lekap yang salah.

Cara penjagaan kanta lekap dengan betul!

  1. Bersihkan bekas kanta lekap setiap kali selepas guna dan keringkan sekejap. Bersihkan dengan menggunakan solution kanta lekap, jangan menggunakan air paip kerana kadar PH tidak sama.
  2. Pastikan tangan berada dalam keadaan yang bersih setiap kali menyentuh kanta lekap. Sebarang kesan daripada losyen, sabun atau bahan kimia yg boleh melekat pada contact lens akan menyebabkan kesakitan dan kepedihan pada mata. Seeloknya, basuh tangan dengan air suam sebelum menyentuh kanta lekap.
  3. Pastikan anda tahu tempoh penggunaan kanta lekap tersebut. Jangan guna jika sudah tamat tempoh dan jika rasa tidak selesa apabila memakainya. Ini kerana kemungkinan kanta lekap anda sudah terkena kuman/bakteria.
  4. Jangan sesekali pakai kanta lekap orang lain, terutamanya jika telah dipakai sebelumnya. Guna kanta lekap orang lain boleh sebarkan apa-apa jangkitan atau zarah dari mata mereka kepadan anda.
  5. Tanggalkan kanta lekap jika ingin tidur walaupun sekejap. Ini kerana ketika mata tertutup, air mata tidak dapat membawa oksigen yg sihat dengan mata, seperti semasa waktu terjaga.
  6. Pakai kanta lekap terlebih dahulu sebelum make-up. Ini kerana bahan kimia pada make-up berkemungkinan besar akan melekat pada tangan anda. Begitu juga semasa ingin bersihkan maku-up. Tanggalkan kanta lekap terlebih dahulu sebelum membersihkan make-up tetapi pastikan tangan dalam keadaan yang bersih.

Pemakaian kanta lekap dalam persekitaran/situasi berbeza

SITUASI TINDAKAN
Mandi Buka kanta lekap
Berenang / aktiviti sukan air/sauna Buka kanta lekap atau pakai kaca mata pelindung (goggles)
Naik kapal terbang Pakai kanta lekap dan guna ubat titis mata untuk mengurangkan simptom mata kering
Mengandung Pakai kanta lekap dan guna ubat titis untuk mengurangkan simptom mata kering
Pakai cermin mata jika tidak selesa memakai kanta lekap
Tidur malam Buka kanta lekap. Hanya sesetengah kanta lekap silikon boleh dipakai  ketika tidur waktu malam.
Tidur sebentar
(
napping)
Boleh pakai kanta lekap namun sebaiknya dibuka untuk mengurangkan risiko pembengkakan bengkak pada kornea
Menggunakan ubat    titis Titiskan ubat mata 10-20 minit lebih awal sebelum memakai kanta lekap atau selepas membuka kanta lekap.
Make-up Pakai kanta lekap sebelum memakai alat solek dan
Buka kanta lekap sebelum mencuci solekan

Kesimpulannya, Kanta lekap hanya bahaya pada mata JIKA menggunakan teknik serta cara penjagaan yang salah.

Kebesihan itu paling utama jika tidak mahu kuman/bakteria bersarang pada mata.

Sekiranya timbul rasa tidak selesa ketika pemakaian kanta lekap, anda dinasihatkan untuk menukar kanta lekap tersebut dan jika masalah ini berlarutan anda dinasihatkan bertemu dengan optometris.

Sumber: Kementerian kesihatan Malaysia

Tags:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *