fbpx

ULTRASOUND 3D4D & SURGERY

Lot 2989, Jln Sultan Mohamad, K.T

Rawatan Tanpa Sempadan

Klinik Ar-Rijal Kuala Terengganu

Menjadi klinik perubatan yang terkemuka dan menawarkan rawatan yang menyeluruh kepada setiap pesakit. Dalam pada itu juga kami menekankan untuk memberikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik, mesra pelanggan serta mengutamakan kesihatan pesakit.

Teknologi Terbaik

Menggunakan peralatan dengan teknologi terkini untuk memberikan yang terbaik kepada pelanggan.

Klinik Panel

Merupakan klinik panel untuk syarikat-syarikat besar. Sila rujuk Senarai Panel kami.

Ubatan Berkualiti

Menyediakan ubatan yang berkualiti dan disahkan oleh KKM

Mesra Pelanggan

Memberikan tahap perkhidmatan yang terbaik dan mesra pelanggan.
ar rijal 02

Ultrasound 3D/4D di Klinik Ar Rijal boleh dilakukan untuk mendapatkan imej kandungan yang lebih jelas. Kandungan atau minggu yang paling sesuai untuk melakukan scan 3D/4D adalah diantara 24 hingga 28 minggu.

Ultrasound selamat digunakan kerana ultrasound hanya mengunakan ‘Gelombang Bunyi’. Tempoh masa yang diambil untuk scan 3D/4D iaitu hanya sekitar diantara 20 – 30 minit (bergantung pada bayi)

Untuk memudahkan sebarang proses, kami menggalakan Tuan/Puan untuk membuat tempahan terlebih dahulu dengan menghubungi kami di talian 09-622 2006.

Klinik Ar-Rijal menawarkan perkhidmatan berkhatan menggunakan teknik ‘SMART KLAMP’ iaitu teknik yang terbaru.

Dengan menggunakan Smart Klamp, anak Tuan/Puan mampu untuk memakai seluar seperti biasa tanpa mengalami rasa sakit tidak seperti kaedah yang diguna pakai sebelum ini.

Dengan menggunakan teknik ini, proses berkhatan menjadi lebih cepat dan lebih selamat. Yang paling penting adalah proses ini mampu untuk mengelakkan trauma berkhatan kepada anak-anak Tuan/Puan.

Vaksin Umrah/Haji – Tujuan pengambilan vaksin sebelum berangkat ke tanah suci adalah untuk mengelakkan penularan penyakit radang di bahagian penting badan, selaput otak dan saraf tunjang menyebabkan Kerajaan Arab Saudi telah mewajibkan jemaah untuk mendapatkan suntikan Vaksin Meningococca.

Vaksin Untuk Pengendali Makanan – Semua pengendali/penjual makanan adalah wajib untuk mendapatkan suntikan vaksin ini seperti mana yang telah termaktub dalam AKTA MAKANAN 1983 dan AKTA KAWALAN PENYAKIT 1988. Tujuan suntikan vaksin Tifoid/Typhoid ini adalah untuk mengelakkan penyebaran bakteria yang menyebabkan demam kepialu.

Suntikan Imunisasi Kanak-Kanak – Semua bayi atau kanak-kanak berhak untuk mendapatkan imunisasi lengkap yang telah dijadualkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Imunisasi adalah proses pencegahan daripada penyakit berbahaya seperti campak, tibi, batuk kokol, difteria, tetanus atau polio.

Antenatal Care adalah pengawasan atau persediaan yang dilakukan sebelum seseorang wanita itu bersalin untuk mengawasi pertumbuhan dan perkembangan janin dalam rahim. Pemeriksaan secara berkala yang dilakukan untuk memastikan anak dalam kandungan berada dalam keadaan normal. Jika terdapat sebarang kelainan kepada kandungan atau ketika kehamilan, langkah awal untuk menanganinya boleh diambil.

Postnatal Care pula pemeriksaan kesihatan selepas ibu bersalin sebelum kembali kepada normal seperti sebelum kehamilan.

Lain-lain perkhidmatan yang kami sediakan di Klinik Ar-Rijal adalah seperti berikut:

-Pemeriksaan Kesihatan (Medical Check Up)

-Pembedahan Kecil (Incision & Drainage, Lump & Bump Excision)

-Masalah Kesihatan Lelaki, Wanita dan Kanak-kanak

-Rawatan Luka (Dressing, Jahitan & Stoma Care)

-Rawatan Kencing Manis, Asma dan Darah Tinggi

-Rawatan PRP (Sakit Lutut, Sakit Belakang, Kecedaraan Sukan dan Sebagainya)

-Intravenous Drip (IVD)

home-01

Hubungi Kami Untuk Temu Janji Anda

Lokasi Kami